Tuesday, 30 April 2013

Kenali Calon P53

Sudah kenal calon P53 anda?



Jangan lupa - 5 Mei minggu depan - UNDI PKR!

Monday, 29 April 2013

DSAI Di Pulau Pinang

Hari ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan berada di Pulau Pinang. In syaa Allah, saya akan bersama beliau semampu boleh.
Jadual penuh DSAI Ke Pulau Pinang hari ini:

29 April 2013 (Isnin)
1) 5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
Lokasi: Bangsal Rawai, Teluk Bahang, Balik Pulau



2) 7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Masjid Teluk Bahang, Balik Pulau

Dato Seri Anwar memberi tazkirah dalam gelap
apabila ada beberapa orang membuat kacau di dalam masjid.




















3) 8.30 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Dewan Tinggi Sek Han Chiang, Georgetown

4) 10.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh

5) 11.15 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Batu 4, Sg Bakau, Sungai Aceh, Nibong Tebal



Sunday, 28 April 2013

Bersama Kepimpinan PAS


Sekitar aktiviti saya hari ini:


9pg-1200 - bertemu pengundi binjai berkumpul di bilik gerakan binjal
1230        - Dun N39 bertemu anak anak muda simpang Empat
1130        - Dun N40 teluk Bahang jamuan rakyat di Sg Pinang Tapak Pasar Malam 
400 pm     - Dun N40 bersama Wanita Jalan Bahru rumah Kak Jah 

Solat Asar di Titi Teras

Solat maghrib di masjid Bayan Dun Teluk Bahang N 40.

930 pm    - bersama anak muda Sg Rusa bilik Gerakan 
1030 pm   -Dun N38, ceramah Sg Ara bersebelahan JPN Sg Ara



Bersama Tok Guru Hj Hadi, Presiden PAS di Telok Kumbar. Hj Hadi ialah nama besar dalam hidup saya. Semasa belajar di Amerika, kaset2 Hj Hadi lah yang mengubah pandangan saya terhadap Islam.





Berceramah di Teluk Kumbar. Kami amat menghargai sokongan warga DUN Bayan Lepas.

At A Moment When I Was Walking...

Please accept our sincere condolences and thanks for your support ...

Saturday, 27 April 2013

Tinjauan


Sekitar lawatan saya meninjau kehidupan rakyat marhaen.

warga Pakistan peniaga capati, Telok Kumbar
Homestay, Pulau Betong


Peniaga berumur 90 tahun, Pasar Awam, Balik Pulau
Pasar Malam, Sungai Pinang
Pulau Betong

Friday, 26 April 2013

Masa Untuk UBAH!

Kerajaan berbelanja RM325Billion Wang Petronas dalam masa 4 tahun! Hasilnya di mana? lihatlah video ini:

Wednesday, 24 April 2013

Lawatan Bersama Di Telok Bahang

Sekitar lawatan saya menemui penduduk di sekitar Pasar Malam Jalan Hassan Abbas, Telok Bahang bersama calon PKR DUN Telok Bahang - Dato' Abdul Halim bin Hussain.









Berikut adalah sebahagian dari respon pengunjung FB saya mengenai lawatan ini.

Link:  SINI


Tuesday, 23 April 2013

PR Cakna Kebajikan Rakyat


Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah membelanjakan RM 100 juta dalam 5 tahun ini untuk menjalankan program-program kebajikan seperti berikut: 

1. Bantuan bencana dalam tempoh 24 jam yang bernilai RM 500 – RM 5,000. 
2. Diskaun 50% setahun kepada lesen penjaja dan nelayan
3. Bantuan air kepada rumah ibadat
4. Mikrokredit (PTSR)
5. Pembinaan Pusat Dialisis CAT di Balik Pulau – RM 30 setiap rawatan yang paling rendah di Malaysia kepada golongan miskin.
6. RM 100 setiap tahun kepada warga emas , orang kurang upaya, pleajar emas, dan ibu tunggal
7. Peruntukan untuk bantuan sekolah agama rakyat
8. RM 1000 untuk urusan jenazah
9. RM 1000 untuk IPTA emas
10. RM 200 untuk anak emas



Monday, 22 April 2013

Persepsi Rakyat...

... terhadap  kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang. Ubah sekarang!

Ucapan Calon P053 Balik Pulau

Ucapan Muhammad Bakhtiar setelah selesai majlis penamaan calon bagi parlimen balik Pulau.


Sunday, 21 April 2013

Penamaan Calon P053

Perarakan rombongan calon dari perkarangan Masjid Daerah  Balik Pulau dimulai dengan solat hajat seawal jam 8 pagi. Penamaan calon diadakan di Kompleks Sukan Balik Pulau.

Menjelang tengahari, pengumuman oleh pihak SPR telah mengesahkan dokumen calon-calon telah diterima dan disahkan sebagai calon yang akan bertanding bagi kerusi berikut;

P053 - Balik Pulau    ~ Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (PKR)
N38  - Bayan Lepas  ~ Asnah bt Hashim (PAS)
N39  - Pulau Betong  ~ Mohd Tuah bin Hj Ismail (PKR)
N30  - Telok Bahang  ~ Abdul halim bin Hussain (PKR)

Dipaparkan peristiwa bergambar di sepanjang proses pencalonan:

Abdul Halim, Mohd Tuah, Asnah dan Muhammad Bakhtiar


berarak ke tempat penamaan calon


sokongan penyokong 


panji parti


perjalanan seorang calon

munajat

menyapa peyokong

menghormati orang lama

amacam?

Peluit kini berbunyi. Aturkanlah langkah dengan teratur dan yakin. Sasaran kita adalah kemenangan demi rakyat. Jangan melatah atau tertari dengan gendang lawan. Jaga akhlak, jaga imej dan konsisten untuk terus membela nasib marhaen.

Saturday, 20 April 2013

Temubual dengan Lim Guan Eng

Lanjutan dari sikap ROS yang berdolak dalik, DAP membuat keputusan untuk menggunakan logo PAS dalam meneruskan perjuangan bersama PR demi kesejahteraan masa depan rakyat dalam PRU 13 ini.



Sejarah baru terlakar dalam senario politik tanahair!

Friday, 19 April 2013

Himpunan Pengenalan Calon PRU

Biarlah jumlah berapa ramai orang menjadi teka-teki, yang pastinya gambar-gambar ini akan menceritakan segalanya tentang sambutan hebat dan harapan penyokong terhadap kewibawaan Pakatan rakyat dalam memenangi PRU kali ini sekaligus mengubah wajah kepimpinan negara untuk masa hadapan.

'Ceramah Pakatan Harapan Rakyat dan Pengenalan Calon pada 19.4.13 ( Jumaat ) Jam 9.00 Malam di Padang Kota Lama bersama Penceramah DS Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Ustaz Salleh Man dan Dato Mansor Othman'





Wednesday, 17 April 2013

Sepetang Di Pantai Malindo

Saya berpeluang bersama-sama dengan masyarakat di Pantai Malindo, Balik Pulau bersama-sama dengan Penyelaras KADUN Pulau Betong, Mohd Tuah Ismail. Sambil menikamti hidangan istimewa roti canai dan menghayati keindahan pantai yang permai.

Pantai Malindo atau Kuala Sungai Burung adalah antara kawasan yang terjejas teruk oleh Tsunami beberapa tahun dulu. Sekarang ini menjadi salah satu destinasi pelancungan dan tempat untuk aktiviti melihat bintang.

Malindo diambil sempenan nama sepohohn pokok yang kerap digunakan oleh nelayan untuk berlindung.


Bersama dengan Penyelaras KADUN Pulau Betong

Antara orang lama

Bermesara dengan anak-anak

Menyelami hati nurani anak muda

Anak muda aset masa depan

Golongan tua dihormati

Gambar  aksi terbaik

Senyum ikhlas merentasi ras

Butiran lanjut tentang Pantai Malindo di sini.

Tuesday, 16 April 2013

Apa Kata Dr MAZA..

Sebenarnya, saya mengenali Dr Asri Zainal Abidin ( MAZA ) sejak dari tahun 1998 lagi.  Beliau selalu mengadakan kuliah di Institut Al Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam. Beliau memiliki blog Minda Tajdid dan boleh ikuti beliau di Facebook.

Ikuti bicara beliau tentang persahabatan kami...


Saturday, 13 April 2013

Menyantuni Masyarakat Cina Sungai Pinang

Yesterday I'd attended a program with Chinese community at Sungai Pinang. Sungai Pinang is a part of Parlimen Balik Pulau. 

Semalam, saya bertemu dengan masyarakat Cina di Sungai Pinang. Kehadiran saya disambut dengan baik orang yang hadir. Sungai Pinang juga berada di bawah Parlimen Balik Pulau.



Kampung Sungai Pinang terletak dalam Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64 % kaum Melayu dan 36 % kaum Cina. 

Mengikut statistik kajian penduduk pada 2004, penduduk Sungai Pinang seramai 3,683 orang dan mengandungi 497 buah rumah. Majoriti penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil sahaja penduduk yang menjawat jawatan penting dalam sektor awam.

Kawasan Sungai Pinang yang dikelilingi dusun buah-buahan dan aliran sungai yang permai. Selain itu, penduduk kampung juga masih lagi mengekalkan gaya hidup masyarakat kampung yang mementingkan toleransi dan hubungan erat sesama mereka.


sumber: Sungai Pinang

Friday, 12 April 2013

Respect

Eventhough we are in different religion, my prophet always tell us to respect each other even to whom already pass away.


Islam memuliakan manusia sama ada semasa ia hidup atau selepas ia mati. Sebab itu orang Islam yang mati wajib diuruskan dengan cara yang terbaik sehinggalah ia dikebumikan (dikembalikan kepada asal kejadian). 

Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka).

Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah. 

Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri. 

Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan. Ini menunjukkan kita boleh mengiringi jenazah orang bukan Islam. Jika tidak masakan kita dibenarkan untuk melihat sehingga jenazah itu diletakkan kerana ia hanya dapat dilihat bagi orang yang menghadiri pengkebumian.

pautan: http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=11931&p=219190

Thursday, 11 April 2013

Di Kedai Kopi Kak Leha

Saya sempat bersama dengan Mak Long, pengusaha kedai kopi Kak Leha yg terletak berhadapan Masjid Sg Batu. Bersama kami juga turut serta Cikgu Asnah, bakal calun DUN Bayan Lepas dan bekas pemain bolasepak kebangsaan Rahman Maina.

Cuba menyelami denyut  nadi peniaga keci-kecilan.




Tuesday, 9 April 2013

Return Back

Ketua Menteri P.Pinang CM Lim Guan Eng dan exco-exco kerajaan negeri sudah memulangkan kenderaan rasmi mereka kepada SUK Negeri Pulau Pinang.

Jangan gunakan harta rakyat untuk tujuan berkempen.

Read thru' this link : http://www.facebook.com/media/set/?set=a.625382994145821.1073741948.211734085510716&type=1 — with Norain Zam Zam.




Monday, 8 April 2013

Muhammad Bakhtiar P035

【Admin】阿华哥昨晚在槟岛一场政治讲座上宣布,人民公正党全国副宣传主任沈志勤在来临大选将上阵攻打峇央峇鲁(P52 Bayan Baru),而烈火莫熄社运分子慕哈莫峇迪亚(Muhammad Bakhtiar Wan Chik)则出征浮罗山背(P53 Balik Pulau)!

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Bayan Baru 6 April lalu mengumumkan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Bayan Baru manakala aktivis reformasi, Muhammad Bakhtiar Wan Chik bertanding di Balik Pulau.


Continue read thru this: link.





Ziarah Abang Wan Chik

31 Mac lalu, bersama Mohd Tuah, kami menziarahi abang Wan Chik di Simpang Empat, Balik Pulau. Beliau   mengalami kecederaan di kaki akibat kemalangan motosikal kira-kira 2 bulan lalu. 


Keadaan kakinya yang masih belum sembuh sempurna membuatkan dia lebih banyak berihat di rumah.
Salam. Pasukan P053 Parlimen Balik Pulau memerlukan sukarelawan2 untuk berkempen untuk PRU13. Marilah membantu kami untuk UBAH! Sesiapa yang berminat sila hantar mesej kepada saya. Sertakan nombor talifon untuk dihubungi.
Terima Kasih.
Masyarakat India bersama Pakatan Rakyat di Balik Pulau. Mereka gigih bersama dlm program masyarkat khususnya menjaga kebajikan orang2 India di Balik Pulau sepanjang kerajaan PR memerintah Pulau Pinang. Bersama calon Dun Pulau Betong Hj Mohd Tuah.

Gambar: Masyarakat India bersama Pakatan Rakyat di Balik Pulau. Mereka gigih  bersama dlm program masyarkat khususnya menjaga kebajikan orang2 India di Balik Pulau sepanjang kerajaan PR memerintah P.Pg.l
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...