Saturday 13 April 2013

Menyantuni Masyarakat Cina Sungai Pinang

Yesterday I'd attended a program with Chinese community at Sungai Pinang. Sungai Pinang is a part of Parlimen Balik Pulau. 

Semalam, saya bertemu dengan masyarakat Cina di Sungai Pinang. Kehadiran saya disambut dengan baik orang yang hadir. Sungai Pinang juga berada di bawah Parlimen Balik Pulau.



Kampung Sungai Pinang terletak dalam Daerah Barat Daya iaitu dalam kawasan Parlimen Balik Pulau. Sungai Pinang mempunyai penduduk tetap yang merangkumi 64 % kaum Melayu dan 36 % kaum Cina. 

Mengikut statistik kajian penduduk pada 2004, penduduk Sungai Pinang seramai 3,683 orang dan mengandungi 497 buah rumah. Majoriti penduduk Sungai Pinang berpendapatan sederhana yang kebanyakannya bekerja dalam sektor perindustrian, nelayan dan bekerja sendiri. Hanya sebilangan kecil sahaja penduduk yang menjawat jawatan penting dalam sektor awam.

Kawasan Sungai Pinang yang dikelilingi dusun buah-buahan dan aliran sungai yang permai. Selain itu, penduduk kampung juga masih lagi mengekalkan gaya hidup masyarakat kampung yang mementingkan toleransi dan hubungan erat sesama mereka.


sumber: Sungai Pinang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...