Eventhough we are in different religion, my prophet always tell us to respect each other even to whom already pass away.
Hukum menziarahi pengkebumian orang bukan Islam (menziarahinya setelah ia mati), hampir sama hukumnya seperti menziarahinya semasa ia masih hidup (contoh semasa sakit, hari perayaan dan hari perkahwinan mereka).
Namun tentulah ada batasnya dalam kunjungan tersebut. Kalau sekadar hadir sebagai tanda penghormatan, dan tidak terlibat dengan melakukan sebarang upacara, maka tidak mengapa. yang paling penting jangan sampai berlaku fitnah. Jika tidak hadir adalah lebih baik, maka lakukanlah. Jika hadir itu adalah lebih baik, maka lakukanlah.
Hadith riwayat al-Bukhari daripada Rasulullah daripada Jabir: Telah lalu di hadapan kami jenazah, lalu Nabi SAW berdiri, kamipun berdiri juga, lantas kami katakan kepada Baginda bahawa jenazah itu adalah jenazah orang yahudi. Baginda berkata: Apabila kamu melihat jenazah maka hendaklah kamu berdiri.
Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Apabila kamu melihat jenazah hendaklah kamu berdiri, dan jangan kamu duduk sehingga jenazah itu membelakangi (meninggalkan) kamu atau sehingga jenazah itu diletakkan. dalam lafaz yang lain menurut riwayat muslim: Jika kamu mengikuti jenazah itu maka janganlah kamu duduk sehingga jenazah itu diletakkan. Ini menunjukkan kita boleh mengiringi jenazah orang bukan Islam. Jika tidak masakan kita dibenarkan untuk melihat sehingga jenazah itu diletakkan kerana ia hanya dapat dilihat bagi orang yang menghadiri pengkebumian.
pautan: http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=11&t=11931&p=219190
No comments:
Post a Comment